Bermudah-mudah dalam akidah
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai isu garis panduan penglibatan orang Islam dalam perayaan lain.
CADANGAN oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar untuk mewujudkan garis panduan khusus berkaitan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan, upacara kematian, kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat selain Islam telah mencetuskan kontroversi dan perbahasan yang menjurus kepada perbalahan antara sudut fikir rakyat.
Kita tidak boleh mengatakan ini sebagai perbalahan antara kaum atau agama kerana cadangan tersebut bukan sahaja dikritik oleh bukan Islam tetapi juga oleh orang Islam.