Tepati ramalan, Liza Aziz juara Gegar Vaganza 11

Iklan
Liza Aziz dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim 11 (GV11) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaran Shah Alam pada Ahad.

[DIKEMAS KINI] PENYANYI senior, Liza Aziz menepati ramalan ramai apabila dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim 11 (GV11) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaran Shah Alam pada Ahad.

Kemenangan itu melayakkan penyanyi berusia 61 tahun tersebut membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 100,000 berserta trofi sumbangan Astro, anugerah Terpaling Adabi RM3,000 berserta barangan Adabi berjumlah RM500.

Iklan
Iklan

Pemilik nama penuh Norliza Abdul Aziz sebelum itu turut menerima gelaran Ikon Super Lit CelcomDigi hasil undian peminat.

Menerusi konsert akhir yang bertemakan 'It’s Final' itu, Liza membawakan lagu solo I Surrender nyanyian asal Celine Dion, diikuti lagu duet bersama Kris Dayanti berjudul Cinta, manakala lagu Angkat pada segmen Rap Battle bersama Zehra Zambri, Ning Baizura dan Sheila Abdul.

Iklan

Dalam pada itu, Ning Baizura bergelar naib juara dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi, manakala tempat ketiga menjadi milik dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi.

Sementara itu Dadali Dyrga, Zehra Zambri dan The Lima pula masing-masing berpuas hati di tempat keempat, kelima dan keenam dengan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Iklan

Enam finalis itu diadili juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi popular Indonesia, Hetty Koes Endang.

GV11 dikendalikan Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, Taufik Batisah, Pasha Ungu, Datuk Jamal Abdillah, Dolla dan juara All Star Gehar Vaganza, Jaclyn Victor antara yang hadir memeriahkan lagi pentas akhir itu.