Henti banding petarung negara di ONE Championship - Aliff Rakib

Iklan
Aliff Rakib. Foto: ONE Championship

JAGUH Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib meminta netizen supaya berhenti membanding-bandingkan petarung Malaysia yang beraksi di pentas ONE Championship.

Menurut Aliff, setiap petarung negara yang berjuang di organisasi itu sudah semestinya memasang impian untuk menang.

Iklan
Iklan

Tambah Aliff, apa yang penting peminat perlu terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kerana ia satu dorongan bagi petarung negara termasuk dirinya untuk mencapai lebih banyak kejayaan.

"Setiap orang ada impian, menang kalah itu adat permainan.

Iklan

"Apa pun, terima kasih atas sokongan anda.

"Sokongan anda semua amat bermakna kepada kami," katanya.

Iklan

Selain Aliff, petarung negara yang telah beraksi di pentas ONE Championship tahun ini ialah Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo dan Riffdean Masdor.

Pada Sabtu, Aliff mencipta sensasi apabila menumbangkan petarung dari Dagestan, Rusia, Shamil Adukhov dalam tempoh 70 saat pada pusingan pertama di ONE Fight Night 28 di Bangkok, Thailand.

Johan yang dikenali sebagai Jojo pula tewas bermaruah kepada Johan Estupinan di ONE 170 bulan lalu menerusi keputusan hakim.

Manakala, momentum kemenangan Riffdean disekat Petninmungkorn Captainkaneboxing di ONE Friday Fights 93 pada Januari lalu.

Situasi Aliff, Johan dan Riffdean menyebabkan ada segelintir peminat membanding-bandingkan mereka.

Ia tidak adil kerana ketiga-tiga mereka beraksi dalam kelas berat yang berbeza.

Sebagai rekod, Johan beraksi dalam kategori flyweight, Aliff (strawweight), manakala Riffdean (atomweight).