'Tunggang RXZ seludup, seronok hanya seketika'

Iklan
Mohd Misuari (kiri) memeriksa penunggang motosikal semasa Penutup Operasi Khas Tahun Baharu Cina yang diadakan di JPJ Bukit Jawa, Pasir Puteh pada Ahad malam.

PASIR PUTEH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menasihatkan peminat Yamaha RXZ supaya tidak membeli dan memiliki motosikal seludup kerana keseronokan yang dilalui itu hanyalah seketika.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, hal ini kerana pemilik motosikal popular ini boleh berdepan tindakan jika ditangkap oleh agensi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Jika ingin memiliki motosikal legend tersebut perlu mengikut saluran yang betul dan bukannya seludup. Saya rasa ia kerja sia-sia kerana seronok hanya seketika.

"Bagi motosikal Yamaha RXZ seludup, kesalahan yang dikesan ialah melibatkan salah guna LKM (Lesen Kenderaan Motor), kenderaan tidak berdaftar dan banyak lagi," katanya pada sidang media semasa Penutup Operasi Khas Tahun Baharu Cina yang diadakan di JPJ Bukit Jawa di sini pada Ahad malam.

Iklan

Mohd Misuari (kiri) memberitau sepanjang Operasi Khas Tahun Baharu Cina, JPJ Kelantan mengesan banyak motosikal yang telah diubah suai dengan ekstrem dan menyalahi undang-undang.

Menurut beliau, JPJ sentiasa bekerja dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam mengekang penggunaan motosikal seludup itu.

Iklan

Dalam perkembangan sama beliau memberitahu sepanjang Operasi Khas Tahun Baharu Cina yang diadakan di negeri ini, JPJ Kelantan mendapati banyak motosikal yang dikesan telah diubah suai dengan ekstrem dan menyalahi undang-undang.

Ujarnya, sebanyak 542 notis larangan penggunaan kenderaan (PG.1) telah dikeluarkan membabitkan kesalahan teknikal.

Tambah Mohd Misuari, antaranya ialah ubah suai pada ekzos, tayar, 'swing arm' dan lain-lain yang boleh mendatangkan bahaya kepada penunggang itu sendiri serta pengguna jalan raya lain.