20 kenderaan VIP masuk Istana Negara petang ini

Iklan

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Suasana politik negara semakin panas apabila lebih 20 kenderaan golongan kenamaan (VIP) dilihat memasuki pekarangan Istana Negara dengan diiringi polis pengiring, petang ini.

Pengamal media yang berkampung di Istana Negara sejak tengah hari tadi mendapati beberapa kenderaan jenis Proton Perdana dan Toyota Alphard dilihat memasuki Istana Negara pada jam 5.35 petang namun bukan melalui pintu utama.

Iklan
Iklan
Sebanyak 20 kenderaan VIP kelihatan memasuki pekarangan Istana Negara petang ini. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong dilihat tiba di Istana Negara dengan sebuah helikopter pada kira-kira jam 4.30 petang tadi dari Kota Permai, Shah Alam bagi menghadiri sebuah perlawanan golf di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Desas-desus gabungan baharu untuk Malaysia

Iklan
Apa maksud 5 mesyuarat politik diadakan serentak hari ini?

Tun M hanya senyum, tak beri komen

Petugas media berkumpul di Istana Negara susulan mesej tular di WhatsApp pagi tadi, mendakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, akan ke Istana Negara, petang ini.

Iklan