Erdogan umum sidang kemuncak Syria 5 Mac

Iklan
Penduduk melihat konvoi ketenteraan Turki ketika mereka melintasi bandar hazano di wilayah Idlib, Syria semalam. - Foto AFP

DAMSYIK - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan akan bertemu pemimpin Rusia, Perancis dan Jerman bulan depan untuk membincangkan situasi yang sedang berlaku di barat laut Syria.

Sejak Disember lalu, hampir sejuta penduduk terpaksa berpindah selepas tentera rejim Presiden Bashar al-Assad yang disokong Rusia meningkatkan operasi menyasarkan kubu terakhir kumpulan pemberontak di wilayah Idlib dan Aleppo.

Iklan
Iklan

Kenyataan Erdogan dibuat semalam selepas Kementerian Pertahanan Turki memaklumkan seorang lagi tentera negara itu terbunuh dalam serangan bom di Idlib, menjadikan 16 anggota tentera terkorban dalam sebulan.

Meskipun tidak menyatakan di mana rundingan pada 5 Mac akan diadakan, Erdogan memberitahu Turki akan menentukan pelan tindakan atau roadmap untuk Syria.

Iklan

"Saya menyatakan pendirian kami dengan jelas kepada Moscow dan Berlin," katanya.

Semalam, Presiden Rusia Vladimir Putin dan Canselor Jerman, Angela Merkel melahirkan kebimbangan mengenai situasi kemanusiaan di Idlib serta menggesa konflik ditamatkan.

Iklan

Selain itu, Kremlin turut memberitahu akan membincangkan kemungkinan untuk mengadakan sidang kemuncak empat hala. - Agensi