Azmin akan teruskan perjuangan reformasi

Iklan
Mohamed Azmin

PETALING JAYA - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pasukannya akan meneruskan perjuangan merealisasikan agenda reformasi di negara ini.

Beliau kekal mengunci mulut mengenai pertemuannya dengan UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menegaskan pihaknya akan memastikan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dapat menikmati kemakmuran.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH kita akan teruskan perjuangan melaksanakan agenda reformasi dan membangunkan negara serta memberikan kemakmuran kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hotel Sheraton, malam tadi.

Diminta mengulas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa berlaku pengkhianatan dalam parti itu hari ini, Mohamed Azmin hanya mengucapkan terima kasih kepada pemberita.

Iklan

"Terima kasih. Terima kasih semua yang hadir,” katanya ringkas, sebelum mengulangi jawapan sama ketika ditanya mengenai hasil pertemuan dengan UMNO, Pas dan Bersatu.

Terdahulu, Mohamed Azmin bertemu penyokongnya selama kira-kira sejam dalam satu pertemuan tertutup di hotel berkenaan menyifatkannya pertemuan tersebut berjalan dengan ‘sangat baik’.

Iklan