BUAT pembaca yang sedang mencari mencari bingkisan istimewa untuk dihadiahkan kepada teman atau insan tersayang, barangkali produk minuman Calpis antara pilihan ideal.
Memahami cita rasa pengguna hari ini meminati sesuatu yang unik dan comel, jenama minuman susu kultur Jepun, Calpis memperkenalkan jambangan bunga menarik.
Inisiatif yang dijalankan dengan kerjasama 50Gram iaitu kedai bunga atas talian di Malaysia itu menawarkan jambangan bunga edisi terhad Calpis Sakura.
Menurut Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika, Santharuban T Sundaram, kebanyakan individu khususnya wanita teruja apabila menerima sejambak bunga daripada insan tersayang.
"Justeru, kami (Calpis x 50Gram) masih mengekalkan jambangan bunga sebagai hadiah utama, namun menyelitkan sebotol minuman Calpis berperisa sakura di dalamnya untuk nilai tambah yang romantik.
"Apa salahnya, sekali-sekala menghadiahkan tersayang bunga bersama minuman kultur selain kombinasi coklat dan flora. Lagipun Calpis membantu menyihatkan usus," katanya dalam satu kenyataan kepada Femina baru-baru ini.
ANEKDOT
Jambangan Bunga Calpis x 50gram
Promosi: Hari ini sehingga 29 Februari 2020
Web: https://50gram.com.my/product/calpis-sakura