Pemancing hilang ditemukan tidak sedarkan diri di puncak bukit

Iklan
Pasukan bomba dan penduduk ke lokasi mangsa ditemukan tidak sedarkan diri. Pasukan bomba dan penduduk ke lokasi mangsa ditemukan tidak sedarkan diri.
Pasukan bomba dan penduduk ke lokasi mangsa ditemukan tidak sedarkan diri.

RANAU - Seorang pemancing yang dilaporkan hilang ketika memancing di Sungai Gayo Nagas Ponulagon, ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan bukit dalam kejadian di Kampung Paus, di sini pada Khamis.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditemukan pada jam 5 petang oleh penduduk kampung di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 8.32 pagi Khamis.

Katanya, seramai tiga anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 68 kilometer dari BBP Ranau.

Iklan

"Sebelum itu, menurut pengadu, abangnya telah keluar memancing pada 3 Februari lalu dan selepas tiga hari kemudian, bapa mereka ada menghubunginya dan memaklumkan akan pulang pada Ahad lalu.

"Bagaimanapun, sehingga Isnin mangsa tidak juga pulang dan ahli keluarga cuba menghubunginya pada jam 1 petang namun gagal," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Ridwan berkata, selepas gagal dihubungi ahli keluarga bertindak mencarinya di kawasan sungai tersebut tetapi mangsa tidak ditemui di lokasi.

"Ahli keluarga hanya menemui motosikal mangsa yang masih berada di lokasi dan pencarian segera dilakukan di sepanjang sungai tersebut namun tidak berhasil.

"Susulan daripada itu, pasukan bomba bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima laporan dalam perjalanan ke lokasi untuk mendapatkan maklumat, seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Kira-kira jam 5 petang, mangsa akhirnya ditemui orang awam di puncak bukit iaitu pada jarak 15 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang dan pasukan bomba dalam perjalanan ke lokasi mangsa ditemui," katanya.

Beliau berkata, maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa.