Lapan awak-awak, nakhoda didenda RM20,000 hingga RM30,000

Iklan
Lapan awak-awak dan nakhoda kapal warga Myanmar, didenda antara RM20,000 hingga RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis. Lapan awak-awak dan nakhoda kapal warga Myanmar, didenda antara RM20,000 hingga RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.
Lapan awak-awak dan nakhoda kapal warga Myanmar, didenda antara RM20,000 hingga RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.

KUALA SELANGOR - Tindakan lapan awak-awak dan nakhoda kapal warga Myanmar, menggunakan kenderaan laut bagi penangkapan ikan tanpa permit serta mengusahakan bubu naga, mengundang padah apabila setiap tertuduh didenda antara RM20,000 hingga RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.

Semua lelaki itu dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Nurul Mardhiah Mohamed Redza.

Iklan
Iklan

Seramai empat awak-awak itu didenda masing-masing sebanyak RM20,000 manakala setiap nakhoda kapal didenda RM30,000.

Mahkamah memerintahkan mereka dihukum penjara antara 20 hingga 30 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Iklan

Mengikut kedua-dua pertuduhan, mereka didakwa menggunakan vesel penangkapan ikan asing tanpa permit dan mengusahakan peralatan menangkap ikan yang dilarang iaitu bubu naga.

Bagi kes pertama iaitu menangkap ikan di perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 sementara kes kedua di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) (Pindaan 2024) yang dibaca bersama seksyen 26(1)(a) Akta Perikanan 1985.

Iklan

Mengikut fakta kes, semua tertuduh telah ditangkap oleh Jabatan Perikanan Negeri Selangor pada 31 Julai 2024 lalu, ketika leka mengusahakan bubu naga atas vesel tanpa nombor, di Perairan Sungai Besar di sini.

Siasatan turut mendapati mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan dokumen Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang tidak diiktiraf.

Susulan itu, barang kes, kelengkapan dan peralatan menangkap ikan telah diperintahkan untuk dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia.

Dalam kes ini, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Perikanan Malaysia, Muhammad Hafiz Mohd Amin dan Herlina Abd Ghani sementara pembelaan tertuduh diwakili peguam, S Muthu Veeran.

Sementara itu, Jabatan Perikanan Negeri mengingatkan bahawa, semua pihak yang menjalankan aktiviti di perairan negara, perlu mematuhi undang-undang bagi memastikan kelestarian biodiversiti negara.

"Jabatan ini tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menggunakan peralatan penangkapan ikan yang telah disenaraikan sebagai larangan di negara ini.

"Keputusan mahkamah berhubung kes lapan tertuduh itu, menunjukkan komitmen kami dalam membanteras aktiviti perikanan tidak sah selain usaha pihak jabatan dalam membanteras penggunaan peralatan menangkap ikan haram," katanya dalam satu kenyataan media.