Terdapat unsur derhaka, hasut rakyat: KP Melaka

Iklan

MELAKA - Polis akan melakukan siasatan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan berikutan seorang individu mengaku dirinya ada kaitan dengan kerabat diraja dan pemilik sebenar Kerajaan Malaysia.

Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pihaknya telah mengarahkan agar laporan polis dibuat berhubung perkara itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dari maklumat diterima semasa sidang media, terdapat unsur-unsur menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan menghasut rakyat melalui media untuk menyokong tuntutannya.

"Siasatan akan dibuat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan. Namun siasatan terperinci akan dijalankan terdahulu dengan memanggil semua individu yang hadir termasuk pengamal media.

Iklan

"Tindakan tangkapan ke atas individu itu akan dibuat setelah ada keterangan di bawah akta hasutan itu diperolehi,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Individu dakwa pemilik sebenar Kerajaan Malaysia]

Iklan