Anwar, Wan Azizah tiba di Istana Negara menghadap Agong

Iklan
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi mengadap Yang di Pertuan Agong hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan yang dinaiki Anwar memasuki Pintu 2 Istana Negara pada jam 2.30 petang tadi.

Iklan
Iklan

Lima minit kemudian, kenderaan yang dipercayai dinaiki Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat tiba namun tidak memasuki pintu berkenaan sebaliknya membelok ke arah tanpa diketahui arah dituju.

Namun tidak berapa lama kemudian, kereta Proton Perdana yang membawa Wan Azizah itu dilihat kembali menuju dan memasuki Pintu 2 Istana Negara diiringi motosikal polis pengiring.

Iklan
Wan Azizah tiba di Istana Negara bagi mengadap Yang di Pertuan Agong hari ini. -Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Difahamkan Anwar mengadap Yang di-Pertuan Agong berhubung situasi politik semasa berikutan desas-desus pembentukan kerajaan baharu.

Perkara tersebut semalam disahkan Setiausaha Politik kepada Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak ketika ditemui media di luar pekarangan kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut.

Iklan

Sebentar tadi, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Surat peletakan itu dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 petang dan Dr Mahathir dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 5 petang nanti.