[VIDEO] Ini Tweet saya terakhir sebagai Menteri Kesihatan

Iklan
Dr Dzulkefly (kanan) bersama Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar pada majlis pelancaran seminar dan kempen kesedaran mengenai pengurusan kelesuan di kalangan anggota kesihatan peringkat kebangsaan di sebuah hotel hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI]"Ini Tweet saya yang terakhir sebagai Menteri Kesihatan. Terima Kasih”.

Demikian ciapan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang dimuat naik di Twitternya hari ini selepas Kabinet terbubar berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Iklan
Iklan

Melalui ciapan yang sama, Dr Dzulkefly memaklumkan bahawa dua pesakit warga China yang positif COVID-19 pulih sepenuhnya selepas dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Alhamdulillah! Dua lagi kes COVID-19 pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang hari ini. Tiada kes positif baharu.

Iklan

"Kes-14 dan kes-19 itu sebelum ini dirawat di HKL. Jumlah yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang hingga hari ini adalah 20 orang,” katanya.

Sementara itu, melalui kenyataan medianya, Dr Dzulkefly berkata, jumlah kumulatif kes COVID-19 yang telah pulih sepenuhnya dan discaj sehingga hari ini adalah sebanyak 20 orang dengan dua orang masih dirawat di wad dan berada dalam keadaan stabil.

Iklan

Katanya, sehingga hari ini, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia kekal sebanyak 22 kes.

Kenyataan Dr Dzulkefly itu mengundang reaksi sedih netizen yang melihat beliau sebagai menteri yang memainkan peranan dalam memastikan virus COVID-19 dapat dikawal sepenuhnya.

Doktor Pakar Buah Pinggang, Dr Rafidah Abdullah berkata, kenyataan yang dibuat oleh Dr Dzulkefly merupakan satu berita sedih.

"Terima kasih banyak-banyak atas sokongan terhadap kami semua di Kementerian Kesihatan. Dr Dzulkefly telah melakukan satu tugas yang cemerlang,” katanya.

Tidak ketinggalan, Pakar perubatan keluarga, Dr Nimelesh Balanthiren turut terkesan dengan kenyataan yang dibuat oleh Dr Dzulkefly.

"Dr Dzulkefly adalah seorang Menteri Kesihatan yang terbaik pernah kita miliki. Beliau mendengar buah pandangan orang lain dan membuat keputusan yang tepat. Cara beliau uruskan COVID-19 layak untuk tepukan yang gemuruh,” katanya.

Sementara itu, pengguna Twitter @maleksantiago berharap Dr Dzulkefly terus berkhidmat untuk rakyat.

"Terima kasih Dr Dzulkefly. Anda seorang yang sangat cemerlang dengan portfolio yang dipegang. Semoga terus berbakti kepada masyarakat,” katanya.

Pagi tadi, Dr Dzulkefly ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Pengurusan Kelesuan Bagi Anggota Kesihatan Peringkat Kebangsaan di sini hari ini berkata, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab selain memenuhi mandat diberikan rakyat.

Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, Kerajaan PH masih sah walaupun berlaku kemelut politik kononnya berlaku pembentukan kerajaan pintu belakang.