Amanah terus sokong Tun M sebagai PM

Iklan
Mohamad - Foto Bernama

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan terus memberi sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan memimpin Pakatan Harapan (PH).

Presidennya, Mohamad Sabu turut mendoakan semoga ALLAH memberi kekuatan kepada Dr Mahathir menangani kemelut politik ketika ini.

Iklan
Iklan

"Parti Amanah Negara ingin menegaskan pendirian bahawa kami menyatakan sokongan penuh kepada Tun sebagai Perdana Menteri Malaysia dan untuk terus memimpin PH.

"Kami teguh berdiri bersama PH dan Dr Mahathir untuk Malaysia yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Sebentar tadi, Dr Mahathir meletak jawatan Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta-merta.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan PH secara rasmi hilang majoriti

Iklan

[VIDEO] Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri

Surat peletakan jawatan itu dihantar ke Ibu Pejabat Bersatu hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya mengesahkan perkara itu.