Jus minuman mengandungi dadah

Iklan

Pegawai Penyiasat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut Ins Mohd Faizul Fazri Padok menunjukkan pelbagai jenis paket jus minuman yang disyaki mengandungi dadah di sidang akhbar yang diadakan di Pengkalan Marin Wilayah 1, Gelugor hari ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu aktiviti pengedaran dadah yang didalangi oleh warga tempatan di kawasan Pulau Pinang dan Kedah.

Hasil daripada tangkapan tersebut, pihak polis berjaya merampas jus minuman yang mengandungi dadah, pil erimin 5, pil ekstasi, dadah ketamin dan juga dadah disyaki ganja yang dianggarkan bernilai RM738,400 untuk pasaran tempatan. - Foto Bernama

Iklan
Iklan