PPM Lahad Datu tahan tiga warga asing cuba menyusup masuk

Iklan

LAHAD DATU - Tindakan seorang juragan membawa dua penumpang warga asing cuba menyusup masuk ke negara ini gagal selepas mereka ditahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu di Laut Tarawakan, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, juragan berusia 32 tahun dan dua penumpang iaitu seorang lelaki berusia 30 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditahan ketika menaiki sebuah perahu di perairan berkenaan.

Iklan
Iklan

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, kesemua suspek warga Filipina itu gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah ketika pemeriksaaan dilakukan.

"Kesemua mereka dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Lahad Datu bagi tujuan proses dokumentasi dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, PPM merampas perahu kayu bernilai RM1,800 dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63. - Bernama