China isytihar larangan menyeluruh perdagangan hidupan liar

Iklan
Pasar makanan laut di Wuhan antara tempat awal yang didakwa menjadi punca tersebarnya Covid-19. -Foto Agensi

BEIJING - Pemerintah China hari ini mengisytiharkan pengharaman segera dan komprehensif terhadap perdagangan serta penggunaan haiwan liar, amalan yang didakwa menjadi punca penyebaran koronavirus (Covid-19).

Dalam mesyuarat hari ini, jawatankuasa tertinggi perundangan China meluluskan cadangan melarang perdagangan haram hidupan liar dan menghapuskan tabiat buruk terhadap penggunaan haiwan itu bagi melindungi kehidupan serta kesihatan rakyatnya.

Iklan
Iklan

Keputusan tersebut dibuat Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC).

Sebelum ini, larangan sementara pernah dikenakan termasuk selepas virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang meragut ratusan nyawa di China dan Hong Kong pada 2002 dan 2003.

Iklan

Larangan itu bagaimanapun tidak lama dan kumpulan pemuliharaan menuduh China bertolak ansur dalam perdagangan haram melibatkan haiwan eksotik untuk dijadikan makanan atau penggunaan dalam ubat tradisional yang keberkesanannya tidak disahkan oleh sains.

Penyiar awam CCTV melaporkan, wabak Covid-19 telah mengetengahkan banyak masalah besar penggunaan haiwan liar yang berlebihan dan berbahaya kepada kesihatan dan keselamatan awam.

Iklan

Pegawai kesihatan China memberitahu, virus mungkin dikesan dari sebuah pasar makanan laut di Wuhan yang menjual haiwan liar sebagai makanan.

Setakat ini, Covid-19 mencatatkan 2,625 kematian dan 79,440 kes yang disahkan di dalam dan luar China selain telah menyerang lebih 20 negara dunia. - AFP