'Supik' untuk delegasi APEC 2020

Iklan
Dari kiri: Fatimah, Peah dan Rohani giat menyiapkan supik

KUALA TERENGGANU - Siapa sangka, produk yang dihasilkan oleh sekumpulan suri rumah dari perkampungan nelayan di Chendering di sini terpilih menjadi cenderahati istimewa untuk delegasi antarabangsa seluruh dunia sempena sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020.

Beg mini yang dikenali sebagai supik itu terpilih apabila sebuah syarikat tempayan, iL Puro Natural yang menghasilkan barangan berasaskan 'essential oil' menggunakannya sebagai bungkusan cenderahati untuk diagihkan kepada delegasi antarabangsa sempena sidang kemuncak itu.

Iklan
Iklan

Pengurus iL Puro Natural, Nora Saman berkata, mereka terpilih menyediakan cenderahati bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi program APEC 2020 kerana konsep iL Puro Natural yang menggunakan produk asli tanpa menggunakan bahan plastik dan menggunakan beg mengkuang yang boleh digunakan semula.

Cenderahati bersaiz travel kit itu dibungkus dalam supik bersaiz 7x3 inci dan mengandungi tiga produk travel wellness iaitu peppermint essential oil, rolled on untuk menghilangkan stress dan balm serbaguna daripada bahan asli dan herba.

Iklan
NORA

"Kami menyediakan sejumlah 444 unit supik di mana masa yang diambil oleh penganyam ini kira-kira sebulan untuk menyiapkannya. Lapan orang penganyam dari Kampung Pantai Pandak, Chendering bekerjasama untuk membuat cenderahati itu.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana melalui inisiatif ini, ia dapat memartabatkan produk buatan tempatan sekali gus industri desa.

Iklan

"Kolaboratif ini juga secara tidak langsung membuka peluang 'berkongsi rezeki' dengan golongan suri rumah yang menghasilkan kraftangan industri desa sebagai mata pencarian mereka," katanya ketika ditemui di Kampung Pantai Pandak di sini semalam.

Jelajah dunia

Sementara itu, salah seorang penganyam, Fatimah Ismail, 63, berkata, dia dan rakan-rakannya amat berbangga kerana tidak menyangka produk yang dihasilkan akan menjelajah dunia.

Fatimah yang mula menganyam sejak berusia 12 tahun itu berkata, dia dan adik-adiknya iaitu Peah Ismail, 55, dan Rohani Ismail, 53, serta penganyam lain kini bertungkus lumus menyiapkan supik.

Beg mengkuang mini atau supik yang dihasilkan penganyam dari Chendering

"Supik ini dikira beg tradisi yang digunakan sejak dari dahulu lagi untuk menyimpan duit atau barang-barang kecil.

"Bagi cenderahati sempena APEC 2O20 ini, kami sudah menyiapkan 50 unit dan kini bertungkus lumus menyiapkannya dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu sebulan.

"Purata sehari, setiap penganyam dapat menghasilkan 5 unit supik dan untuk cenderahati ini, kami menghasilkan beg yang berwarna ceria untuk semua delegasi antarabangsa ini," katanya yang merupakan generasi ketiga keluarganya yang menjadi penganyam mengkuang.