Tun M tiba di Pejabat Perdana Menteri

Iklan
Dr Mahathir. -Foto BERNAMA

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di bangunan Putra Perdana sebentar tadi.

Kenderaan rasmi yang membawa Dr Mahathir memasuki bangunan itu jam 9.29 selepas 10 minit dilapor keluar dari rumahnya di Seri Kembangan.

Iklan
Iklan

Dr Mahathir yang menaiki Proton Perdana plat Malaysia 2020 turut melambaikan tangannya dan melemparkan senyuman kepada petugas media yang menantikan kehadiran.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim sementara Perdana Menteri baharu dilantik dan Kabinet dibentuk.

ARTIKEL BERKAITAN Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri interim

Iklan
Iklan