KUCHING - Pengunjung menyedut madu menggunakan penyedut plastik bagi merasa keenakan madu kelulut asli di Taman Agro Niranur di Sematan, kira-kira 105 km dari sini, baru-baru ini.
Sejak dibuka kepada orang ramai pada 2015, Taman Agro Niranur menerima kira-kira 40,000 orang pengunjung setiap tahun dan seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020), dan dijangkakan lebih ramai lagi pengunjung, khususnya di kalangan peminat madu kelulut, akan datang ke taman ini.