Exco beri jaminan Selangor kekal stabil

Iklan
Izham ketika ditemui pemberita hari ini.

SHAH ALAM - Exco Selangor, Ir Izham Hashim memberi jaminan bahawa keadaan di negeri Selangor masih kekal stabil berikutan situasi politik ketika ini.

Izham yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor berkata, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Hari ini saya, Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo dan Pengerusi PKR Selangor iaitu Menteri Besar (Amirudin) menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pagi ini.

"Semua berjalan baik. Selangor masih stabil, kejap lagi MB akan keluar," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan
Iklan

Difahamkan pertemuan pagi ini berkaitan isu politik yang melanda negara ketika ini.