Kerajaan campuran perlu dibentuk di Johor

Iklan
Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU - Kerajaan campuran terdiri daripada beberapa parti politik perlu dibentuk bagi menyelesaikan isu kerajaan negeri yang masih dilihat tergantung ketika ini.

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, kerajaan campuran tersebut bukan hanya melibatkan Barisan Nasional (BN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tetapi memerlukan komitmen dari parti lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah negara (Amanah).

Iklan
Iklan

Menurutnya, apa yang berlaku di Johor ketika ini sama dengan keadaan di Perak, Melaka dan Kedah.

"Apa pun kita (BN) tidak akan bekerjasama dengan DAP," katanya ketika dihubungi hari ini.

Iklan

Beliau berkata, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga memantau dan mengambil maklum mengenai situasi politik di negeri ini.

Sementara itu, Hasni turut memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat BN negeri petang ini di Pejabat UMNO Johor bagi membincangkan berhubung perkembangan politik semasa.

Iklan

Satu sidang media juga akan diadakan di Pejabat UMNO Johor jam 4.30 petang ini.

Johor mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri terdiri daripada 14 kerusi UMNO, 11 Bersatu, DAP (14), Amanah (sembilan), PKR (lima), MIC (dua) dan Pas (satu).