Satu lagi varian baharu Koronavirus dikesan di China, undang ancaman kesihatan global

Iklan
Pakar Virologi, Shi Zhengli menyifatkan penemuan virus itu boleh memberi ancaman kepada kesihatan manusia secara global. Pakar Virologi, Shi Zhengli menyifatkan penemuan virus itu boleh memberi ancaman kepada kesihatan manusia secara global.
Pakar Virologi, Shi Zhengli menyifatkan penemuan virus itu boleh memberi ancaman kepada kesihatan manusia secara global.

WUHAN (CHINA) - Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Pakar Virologi, Shi Zhengli berkata, varian tersebut ditemui hidup dalam haiwan kelawar dan ia sangat mirip dengan virus penyebab pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Ujian menunjukkan HKU5-CoV-2 dapat merebak ke dalam sel manusia melalui cara serupa dengan SARS-CoV-2, malah ia juga boleh menyebabkan risiko tinggi sama ada jangkitan langsung atau hos perantaraan.

"Munculnya virus berkenaan boleh mengundang kebimbangan secara global kerana berkemungkinan akan menyebabkan ancaman lebih besar kepada kesihatan awam,” katanya.

Iklan

Beliau yang juga dikenali sebagai ‘Batwoman’ berkata demikian menerusi penemuan virus HKU5-CoV-2 yang diterbitkan dalam jurnal santifik terkemuka.

Varian tersebut ditemui hidup dalam haiwan kelawar dan ia sangat mirip dengan virus penyebab pandemik Covid-19 Varian tersebut ditemui hidup dalam haiwan kelawar dan ia sangat mirip dengan virus penyebab pandemik Covid-19
Varian tersebut ditemui hidup dalam haiwan kelawar dan ia sangat mirip dengan virus penyebab pandemik Covid-19

Berasal daripada keluarga ‘merbacovirus’ sama seperti Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV), virus tersebut boleh menyebabkan gejala seperti demam, batuk, sesak nafas, cirit-birit dan muntah serta mengundang maut.

Iklan

Sehingga kini, pakar kesihatan global menyatakan masih tiada vaksin dijumpai dan turut memberi sepenuhnya perhatian terhadap kemungkinan acaman penyakit terutama mereka mempunyai sejarah perjalanan ke negara atau kawasan habitat kelawar serta haiwan perantara.

Penyelidik juga memberi amaran, walaupun telah banyak aspek virus berkenaan dikaji namun masih terdapat banyak perkara yang perlu difahami melibatkan bagaimana ia mula merebak dalam kalangan manusia.