Petugas media hampa dihalang pegawai pengiring Azmin

Iklan
Kelihatan kenderaan yang dipercayai membawa Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memasuki bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA - Cubaan petugas media untuk mendapatkan komen bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang baharu keluar dari bangunan Putra Perdana hampa apabila dihalang oleh pegawai pengiringnya.

Toyota Alphard yang dinaiki Azmin meninggalkan bangunan Putra Perdana jam 1.40 petang dan bergerak perlahan melalui pondok pengawal bangunan berkenaan.

Iklan
Iklan

Azmin kemudiannya menurunkan cermin dan mengangkat tangan serta melemparkan senyuman kepada petugas media.

Terdahulu, Azmin dilihat memasuki bangunan berkenaan jam 11.39 pagi.

Iklan
Iklan