KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar rakyat bersabar sementara baginda menyempurnakan tanggungjawab bagi mencari penyelesaian terbaik kemelut politik yang berlaku dalam negara ketika ini.
"Kita semua mengambil berat. Sabar, ya saya tahu. Harap bersabar.
Iklan
Iklan
"Pertama kali, biar saya jalankan tanggungjawab. Saya harap kita akan dapat mencari jalan penyelesaian terbaik untuk negara," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika mencemar duli bertemu petugas media yang 'berkampung' membuat liputan mengenai perkembangan politik semasa di Pintu 2 Istana Negara, tengah hari tadi.
Petugas media turut menerima bungkusan makanan yang dikurniakan baginda.
ARTIKEL BERKAITAN: Semua MP akan ditemuduga secara 'personal' oleh Agong
Ahli parlimen isi borang pilih perdana menteri kelapan