Armada tolak bersekongkol dengan UMNO

Iklan
Syed Saddiq

SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu menolak untuk bersekongkol dengan UMNO sebagaimana pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad yang menolak kerjasama bersama parti itu melalui kemasukan secara blok atau 'en-bloc'.

Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Armada menyokong penuh pendirian Dr Mahathir yang menolak kerjasama UMNO secara ‘en-bloc’ di bawah kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membentuk kerajaan baharu.

Iklan
Iklan

"Armada Bersatu menyambut baik perpaduan Melayu, namun atas dasar prinsip dan integriti, tidak mungkin kami akan bersekongkol dengan mereka yang telah mencalarkan imej bangsa Melayu dengan merompak dan mengkhianati amanat rakyat sewaktu di tampuk kuasa.

"Ini merupakan satu pengkhianatan kepada mandat rakyat dan prinsip perjuangan Bersatu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Menurutnya, Armada akan terus mempertahankan kebenaran dengan mengangkat suara rakyat sebagai suara keramat.

Katanya, pihaknya juga menyokong Dr Mahathir untuk terus kekal menjadi Perdana Menteri demi kepentingan negara.

Iklan

"Mesyuarat Armada Bersatu mengambil pendirian menyokong kepimpinan Dr Mahathir," katanya.