Kecoh, riuh, bingung!

Iklan

BEBERAPA hari kebelakangan ini seluruh perhatian rakyat tertumpu pada politik. Ada drama politik yang hebat, siap dengan suspen, adegan cemas dan penuh tanda tanya.

Rakyat dihujani macam-macam berita, khabar angin, ramalan, spekulasi dan entah apa lagi. Pendeknya kalahlah drama di TV1, TV3 atau Astro Ria. Drama politik Malaysia jauh lebih dahsyat.Rakyat tentu cemas, hairan, marah, kecewa, pelik dan bingung dengan apa yang berlaku. Kecoh sekali negara. Mereka tak tahu mana satu betul atau palsu. Awang tak reti sangat hal politik, tapi Awang rasa sedih dengan perjalanan politik negara kini. Dulu kita berpolitik juga, ahli politik berbalah, mereka bercakaran, ada skandal dan ada cerita jatuh bangun. Tapi kali ini lain sangat.

Iklan
Iklan

Bayangkan kerajaan yang baru dua tahun lebih tiba-tiba tumbang atau lebih tepat memilih untuk menumbangkan dirinya. Perdana Menteri letak jawatan. Dalam parti-parti komponennya berlaku perbalahan. Orang luar dimasukkan sekali untuk tambah kuah.

Bagi rakyat Malaysia mereka bertanya, di manakah kuasa undi kami? Ke mana perginya mandat yang kami amanahkan pada orang yang kami pilih ke Parlimen pada tahun 2018?

Iklan

Mereka berkata, dulu kami pilih Pakatan Harapan (PH) untuk gantikan pemerintahan UMNO/BN yang sudah berkuasa lebih 60 tahun. Apa jadinya?

Khabarnya ada pemimpin PH ajak mereka yang ditolak oleh rakyat kerana salah guna kuasa dan korup untuk turut sama dalam kerajaan baharu. Bukankah itu namanya mengkhianati amanah pengundi?

Iklan