Ibu rayu anak gadis pulang

Iklan
Miow Ka Yi dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak semalam.

SEREMBAN - Seorang ibu merayu kepada anaknya yang berusia 16 tahun pulang ke pangkuan keluarga selepas pelajar Tingkatan Empat itu tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Ibu, Yang Choy Choo, 47, dari Taman Kelisa di sini memberitahu, dia menghantar anaknya, Miow Ka Yi ke Sekolah Menengah CAS Seremban pada jam 6.30 pagi semalam.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, anaknya itu tidak pulang ke rumah sebaik sesi persekolahan tamat pada jam 2.30 petang.

"Biasanya anak saya pulang ke rumah sekitar jam 2.30 hingga 3 petang, tetapi semalam dia tidak pulang.

Iklan

"Saya kemudian hubungi pihak sekolah dan diberitahu anak saya tidak hadir di sekolah semalam.

"Seorang rakan saya memberitahu, seorang lelaki telah membawa anak saya menaiki kereta yang tidak diketahui hala tujunya," katanya.

Iklan
Nicole (kiri) dan Choy Choo menunjukkan laporan polis berhubung kehilangan Ka Yi.

Choy Choo ditemui selepas dikunjungi Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon di rumahnya di sini hari ini.

Choy Choo berkata, bimbang dengan keselamatan anaknya itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Campbell di sini pada jam 10.55 malam tadi.

"Kami tidak mengetahui lelaki yang membawa anak gadis kami itu. Kami berharap anak kami selamat dan tidak diapa-apakan oleh lelaki itu," katanya.

Sementara itu, Nicole berharap remaja itu berada dalam keadaan selamat dan segera ditemui supaya dapat kembali ke pangkuan keluarganya.

"Kami juga akan membantu keluarga ini untuk mengesan anak mereka dan berharap dia ditemui dalam keadaan selamat," katanya.