SEPANG - MISI KEDUA... Seramai 66 individu yang dibawa pulang dari Wuhan, China selamat tiba di negara ini dengan menaiki pesawat khas AirAsia di Unit Kecemasan Udara (ADU), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Pesawat AirAsia dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang digerakkan oleh kerajaan Malaysia itu, tiba pada jam 6.50 pagi.
Iklan
Iklan
Penerbangan itu turut membawa 12 kru, sembilan wakil agensi kerajaan dari Malaysia di samping dua pegawai dari Kedutaan Malaysia dari Beijing, menjadikan 89 orang jumlah keseluruhan yang menaiki pesawat dari Wuhan.
Mereka yang dibawa pulang itu akan melalui proses tapisan kesihatan yang sama seperti Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) pertama iaitu menjalani tapisan kesihatan di Unit Kecemasan Udara (ADU) di KLIA sebaik tiba di tanah air. - Foto BERNAMA
Artikel Berkaitan