PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad memasuki pejabatnya di bangunan Putra Perdana pada hari kedua selepas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Interim, kelmarin, susulan kemelut politik tanah air.
Dr Mahathir kelihatan menaiki Proton Perdana bernombor pendaftaran Malaysia 2020 tiba jam 8.25 pagi dan melambaikan tangannya kepada jurugambar.
Beliau dijangka akan menerima kunjungan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal pagi ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Sallallahuddin Hassan menyampaikan 50 bungkus nasi lemak kepada petugas media.
JPM turut memasang dua khemah untuk petugas media berteduh.
ARTIKEL BERKAITAN: Debaran penantian keputusan Agong
Baki 132 Ahli Parlimen menghadap Agong hari ini
Masa depan negara ditentukan rakyat bukan elit politik