KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pihak-pihak yang menuding jari kepada Barisan Nasional (BN) ekoran runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya pagi ini, Najib mempersoalkan adakah UMNO yang menyuruh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertindak keluar PH dan minta Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu.