Kes pertama Covid-19 dikesan di Algeria

Iklan
Foto: 123rf

ALGIERS - Menteri Kesihatan Algeria, Abderrahmane Benbouzid, semalam mengumumkan kes koronavirus (Covid-19) pertama dikesan di negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam satu kenyataan kepada ENTV, Benbouzid berkata, pesakit warga Itali itu tiba di Algeria pada 17 Februari bersama seorang lagi individu, kedua-duanya dihantar ke Hospital Pasteur di Algiers.

Iklan
Iklan

Seorang daripada mereka disahkan dijangkiti virus itu.

Pesakit itu telah dikuarantin untuk menjalani rawatan.

Iklan
Iklan

Menteri Kesihatan itu bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai umur dan jantina pesakit berkenaan. - Bernama