Anwar, Wan Azizah rai ulang tahun perkahwinan ke-40

Iklan
Anwar dan Dr Wan Azizah memotong kek sempena ulang tahun ke-40 perkahwinan mereka hari ini. -Foto: FB Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Ketika arena politik negara berdepan krisis, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat menitipkan ucapan selamat hari ulang tahun perkahwinan buat isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi laman Facebook.

"Selamat ulangtahun perkahwinan, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Thank you," tulis Anwar ringkas.

Iklan
Iklan

Hantaran foto mereka berdua sedang memotong kek turut disertakan tanda pagar #duniaakhirat #tilljannah.

Dikongsikan pada pagi ini, hantaran berkenaan menerima lebih 20,000 tanda suka dan menerima pelbagai komen netizen yang rata-ratanya mengucapkan tahniah serta mendoakan kesejahteraan pasangan itu.

Iklan

"Limpahan rahmat dan kasih sayang ALLAH yang tidak berpenghujung untuk kalian berdua.

"Selamat hari lahir Kak Wan....walaupun disambut dalam sedikit kedukaan...tapi percayalah bila mendung berlalu, sinar mentari akan muncul kembali.

Iklan

"Susah nak cari isteri macam Datin Wan walaupun suami banyak liku-liku hidup dia tetap di samping suami. Semoga berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat," antara komen daripada netizen.

Sementara itu, Wan Azizah turut membuat hantaran sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

"Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa.

"Selamat ulang tahun perkahwinan bersama Anwar Ibrahim yang ke-40.

Anwar dan Azizah berkahwin pada 26 Februari 1980 dan perkahwinan mereka diserikan dengan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana.