Amanah beri terbaik kepada rakyat dan negara: Salahuddin

Iklan
Mahfuz antara Ahli Parlimen Amanah yang tiba sebelum memasuki perkarangan Istana Negara. -Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen daripada Parti Amanah Negara (Amanah) tiba di Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira jam 11.50 pagi tadi.

Tiga lagi pemimpin parti Amanah, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid Yusof tiba 10 minit kemudian.

Iklan
Iklan

Salahuddin ketika ditemui media berkata, Amanah akan membuat keputusan berhubung mandat yang telah diberikan rakyat kepada ahli parlimen parti berkenaan pada petang ini di lokasi akan ditetapkan kemudian.

"Atas nama Pakatan Harapan, tunggu keputusan kami yang membuat pilihan pagi ini. Demi negara dan mahukan kestabilan negara (seterusnya) bagi memenuhi mandat rakyat yang diberikan kepada kami.

Iklan

"Kita menang atas nama Pakatan Harapan. Insya-ALLAH kita berikan terbaik kepada negara, keselamatan negara dan yang terbaik kepada rakyat," katanya sebelum memasuki perkarangan Istana Negara.

Terdahulu, pada jam 11.20 pagi Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula meninggalkan istana berkenaan 20 minit sebelumnya.

Iklan

Sementara itu, jumlah penyokong pemimpin yang sebelum ini menyertai Pakatan Harapan yang berkumpul kira-kira 200 meter dari pintu Istana Negara meningkat kepada kepada lebih 100 orang.

Hari ini baki 131 ahli Parlimen akan mengadap baginda untuk menyatakan pendirian masing-masing selepas 90 ahli Parlimen dari kumpulan pertama selesai berbuat demikian semalam.