Pakej rangsangan ekonomi diumumkan tak lama lagi: Tun M

Iklan
Dr Mahathir

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad selesai bertemu pegawai-pegawai tertinggi Kementerian Kewangan berhubung pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi.

Pakej ekonomi itu bertujuan merangsang ekonomi Malaysia dan mengurangkan impak daripada penularan koronavirus (Covid-19) dan ketidaktentuan luaran yang lain.

Iklan
Iklan

Dalam twitter rasmi beliau, Dr Mahathir berkata, inisiatif itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran mengenai pakej rangsangan itu atau tarikh pengumuman yang pada mulanya dijadualkan esok.

Iklan

Pakej rangsangan itu dirangka terutamanya untuk sektor penerbangan, peruncitan dan pelancongan untuk mengurangkan impak daripada jangkitan Covid-19, yang berasal dari Wuhan, China.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah mengumumkan bahawa wabak itu berkemungkinan boleh menjejaskan antara 0.1 dan 0.2 mata peratusan kadar pertumbuhan global tetapi ini mungkin disusuli dengan pemulihan pada tahap yang lebih pesat.

Iklan

Sebagai ekonomi terbuka, Malaysia tidak terkecuali daripada sebarang perkembangan luaran, berikutan penularan virus itu dijangka akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara pada suku pertama tahun ini. - Bernama