Sembilan pemilik kebun rugi hampir RM100,000

Iklan
Hampir 24 hektar kebun pisang, getah dan sawit musnah diserang sekumpulan gajah liar di Kampung Kuala Betis.

GUA MUSANG - Pemilik kebun di Kampung Kuala Betis di sini, berdepan kerugian hampir RM100,000 apabila lapan ekor gajah liar merosakkan tanaman mereka.

Seorang pemilik kebun, Abdul Halim Abd Rahman, 50, berkata, serangan itu melibatkan hampir 24 hektar kebun miliknya dan lapan pemilik yang lain.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain pisang, kebun sawit dan getah turut musnah diserang haiwan liar terbabit.

"Serangan itu berlaku pada waktu malam, dua hari lalu. Malah, orang awam turut terserempak dengan sekumpulan gajah liar pada waktu siang.

Iklan

"Di kawasan itu hanya ada kebun, tiada penempatan. Kami bimbang, sekiranya dibiarkan ia akan menyerang lagi. Ini merupakan serangan kali pertama di mana kami berdepan kerugian yang tinggi,” katanya.

Abdul Halim berkata, perkara itu telah dilaporkan kepada Jabatan Perhilitan.

Iklan

"Pihak mereka ada datang membuat tinjauan dan menghalau gajah liar itu, namun kita mengharapkan tindakan yang lebih serius.

"Lebih baik pasang perangkap kerana ia melibatkan jumlah yang banyak. Ia berkeliaran di kawasan kebun dan bila-bila masa boleh rosakkan lagi tanaman,” katanya.