Pas yakin ada ADUN NS bakal sertai Muafakat Nasional

Iklan
Badzli Bakar

SEREMBAN - Pas Negeri Sembilan yakin akan ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang mahu menyertai Muafakat Nasional jika berlaku perubahan di peringkat pusat.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan Pas Negeri, Badzli Bakar berkata, bagaimanapun parti itu akan hanya menanti perkara yang bakal berlaku kepada pentadbiran negara.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, pimpinan Muafakat Nasional bersedia dengan kemungkinan yang bakal dihadapi.

"Dalam politik segala kemungkinan boleh berlaku, keutamaan kita adalah Islam. Kembali kepada al- Quran dan hadis. Masyarakat harus memenuhkan setiap ruangan yang ada di masjid untuk kita mendapat bantuan dan pertolongan Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Tambahnya, di Negeri Sembilan, Muafakat Nasional hanya memerlukan tiga kerusi sahaja membolehkan Muafakat Nasional memerintah.