MIRI - Apa juga keputusan yang diambil Gabungan Parti Sarawak (GPS) Negeri berhubung perkembangan politik Persekutuan pada masa kini akan dibuat berlandaskan kepentingan negara dan negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini berkata, perkara yang menjadi keutamaan kerajaan negeri ialah kestabilan politik negara yang menjadi intipati bagi negara untuk bergerak maju ke hadapan.
Iklan
Iklan
"Negara menghadapi banyak masalah ekonomi ekoran daripada faktor ketidaktentuan termasuk jangkitan Covid-19 yang perlu ditangani dengan berkesan dan segera,” katanya ketika membaca kenyataan pada persidangan akhbar di sini.
Abang Johari yang juga Pengerusi GPS berkata, kerajaan negeri akan menghormati apa juga keputusan yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyelesaikan perkembangan politik sekarang ini. - Bernama
Artikel Berkaitan