SEREMBAN - Gadis 16 tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang dua hari lalu sudah pulang ke rumah keluarganya di Taman Kelisa di sini dalam keadaan selamat awal pagi tadi.
Ibunya, Yang Choy Choo, 47, berkata, anaknya menghubunginya supaya menjemputnya di rumah rakan lelaki di Melaka.
"Saya gembira kerana dia selamat dan berharap dia tidak mengulangi perbuatannya," katanya ketika lawatan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon di rumahnya hari ini.
Dalam pada itu, Nicole Tan memberitahu perselisihan faham bersama keluarga antara punca remaja Tingkatan Empat itu melarikan diri dari rumah.
Justeru, beliau berharap masalah antara keluarga itu dapat diselesaikan melalui perbincangan.
Semalam Sinar Harian melaporkan seorang ibu merayu kepada anaknya yang berusia 16 tahun pulang ke pangkuan keluarga.
Kehilangan pelajar Tingkatan Empat itu disedari apabila dia tidak pulang ke rumah selepas sesi persekolahan tamat.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu rayu anak gadis pulang