Kesian nasib guru-guru kita

Iklan

MERAK JALANAN

Merak Jalanan rasa amat kecewa melihat video tular seorang ustazah yang dipaksa merangkak oleh ibu kepada anak muridnya dalam kejadian di sebuah sekolah agama di Sungai Sumun, Bagan Datuk minggu lalu.

Walaupun ustazah dan wanita tersebut sudah saling bermaafan, namun kejadian berkenaan sesuatu yang amat mendukacitakan.

Iklan
Iklan

Tatkala guru-guru di sekolah perlu menghadapi pelbagai 1,001 karenah murid-murid, golongan pendidik terpaksa pula berhadapan dengan pelbagai karenah ibu bapa moden.

Golongan ibu bapa itu akan segera 'menyerang' sekolah walaupun sekadar menerima aduan sebelah pihak iaitu anak mereka sendiri.

Iklan

Tindakan tersebut adalah tidak sihat kerana akan melunturkan semangat guru-guru untuk mendidik yang akhirnya akan merugikan masa depan murid itu sendiri.

Merak Jalanan sering mendengar rintihan guru-guru yang berhadapan dengan golongan ibu bapa moden berkenaan.

Iklan

Kata mereka, golongan ibu bapa tersebut kebiasaannya 'kuat komplen' dan sering mempersoalkan tugas guru-guru.

"Mesyuarat PIBG (Persatuan Ibu bapa dan Guru) tak pernah nak hadir tetapi kalau sekolah buat aktiviti macam-macam pula bantahannya," kata seorang guru yang mengadu kepada Merak Jalanan.

Merak Jalanan setuju bahawa golongan ibu bapa perlu lebih rasional, matang dan bersikap terbuka tatkala sudah memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mendidik anak-anak mereka.

Contohilah sikap ibu bapa lain yang aktif dalam PIBG melakukan pelbagai aktiviti untuk kebaikan dan masa depan murid-murid itu sendiri.

Kebanyakan ibu bapa yang matang memperuntukkan wang ringgit, masa dan tenaga untuk memajukan sekolah sama ada dari segi pembangunan infrastruktur dan modal insan murid.

Buanglah sikap negatif kerana ia tidak memberikan sebarang kebaikan kepada sesiapa pun!