Indonesia umum pakej rangsangan RM3 bilion

Iklan
Sri Mulyani - Foto AFP

JAKARTA - Pemerintah Indonesia mengumumkan pakej rangsangan bernilai 10.3 trilion rupiah (RM3.1 bilion) untuk meningkatkan perbelanjaan dan menghidupkan kembali industri pelancongan di negara itu yang terjejas akibat ancaman koronavirus (Covid-19).

Menteri Kewangan, Sri Mulyani berkata, pemerintah juga akan menyalurkan 4.6 trilion rupiah (RM1.4 bilion) kepada 15.2 juta penerima program bantuan.

Iklan
Iklan

Selain itu, tambahan 1.5 trilion rupiah (RM453 juta) akan diperuntukkan untuk pinjaman perumahan dan wang pendahuluan bagi rakyat Indonesia yang berpendapatan rendah.

Sebanyak 3.3 trilion rupiah (RM998 juta) pula akan disalurkan kepada pemerintah daerah untuk mengimbangi kerugian hasil cukai daripada pengecualian cukai yang juga sebahagian daripada rangsangan.

Iklan
Iklan

"Kami akan membantu 10 destinasi pelancongan dengan tidak mengenakan cukai hotel dan restoran selama enam bulan," katanya seperti dilaporkan Jakarta Post. - Agensi