KUANTAN - Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ahmad Shah berangkat solat subuh di Masjid Imam Ash Shafie, Kotasas di sini, hari ini sehari selepas diumumkan sebagai Sultan Pahang.
Keberangkatan Sultan Abdullah ke masjid tersebut pada jam 5.50 pagi disambut penduduk Kotasas yang hadir solat subuh.
Iklan
Iklan
Dalam pada itu, Sultan Abdullah turut melantunkan bacaan al-Quran dan mendengar tafsir selepas solat subuh di masjid tersebut.
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pahang keenam berkuatkuasa serta-merta.
Keputusan itu diumumkan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman dalam satu sidang media khas di Istana Abu Bakar, semalam.