Hina Islam: 'Bawa dia ke masjid untuk minta maaf ' - Dr Akmal Saleh

Iklan
Dr Akmal Saleh Dr Akmal Saleh
Dr Akmal Saleh

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mendesak kerajaan agar mengenakan tindakan tegas terhadap individu yang memuat naik video mengandungi penghinaan terhadap agama Islam.

Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pelaksanaan undang-undang itu perlu dikenakan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa atau fahaman politik.

Iklan
Iklan

Menurutnya, budaya menghina dahulu dan membuat permohonan maaf kemudian oleh sesetengah pihak perlu dihentikan dengan segera.

"Dah hina agama kami, semudah itu sahaja minta maaf?

Iklan

"Mana pergi ahli politik yang bukan main dulu marah tiga orang penyampai radio dahulu? Yang ini pun wajib kamu marah dan bantah. Bawa dia ini ke masjid untuk minta maaf juga,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Media tempatan pada Khamis melaporkan bahawa pihak polis sedang memburu pemilik akaun Facebook ‘Vijayan Savarinathan’ berhubung kandungan video berdurasi lebih tiga minit.

Iklan

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, sejurus laporan polis dibuat termasuk usaha mengesan lelaki terbabit yang berkemungkinan berada di luar negara.

Pemilik akaun berkenaan bagaimanapun tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan dilakukannya tempoh hari menerusi hantaran pada Isnin.