Dua ADUN Bersatu Pulau Pinang jumpa Ketua Menteri

Iklan
Khaliq (kiri) dan Zolkifly (kanan) bersama Setiausaha Politik Ketua Menteri, Teh Lai Heng di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang tadi. - Foto FB Zolkifly

GEORGETOWN - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulau Pinang mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Tunku Abdul Rahman (Komtar) di sini tadi.

ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq tiba pada jam 12.46 tengah hari manakala ADUN Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim pada jam 12.55 tengah hari.

Iklan
Iklan

Kedua-duanya ditemani pegawai khas masing-masing untuk bertemu Kon Yeow dipercayai bagi membincangkan situasi politik semasa.

Usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada kedua-dua wakil rakyat itu bagaimanapun gagal apabila mereka enggan bertemu media.

Iklan

Pertemuan sulit itu diadakan tanpa jemputan media.

Tiga hari lalu, Bersatu mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Iklan

Perkara itu diumumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui satu kenyataan dengan menyatakan ia diputuskan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dalam mesyuarat khas yang diadakan 24 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu umum keluar Pakatan Harapan