Mohamad Alamin angkat sumpah ahli Dewan Rakyat

Iklan
Mohamad mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof di Kamar Khas Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen hari ini.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kimanis yang baharu, Datuk Mohamad Alamin mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat hari ini.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Iklan
Iklan

Mohamad, 47, dari Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis selepas menewaskan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang, 18 Januari lepas.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember tahun lalu lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Kimanis kekal milik BN, majoriti lebih besar

Mohamad Ariff mengucapkan tahniah kepada Mohamad atas kemenangan pada PRK itu.

Iklan

"Semoga dapat memberi sumbangan yang berguna dan berfaedah kepada Dewan ini serta seterusnya Ahli Yang Berhormat dapat berkhidmat dengan cemerlang. Tahniah diucapkan sekali lagi," katanya.

Sementara itu, Mohamad Ariff berkata persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 9 Mac ini bergantung kepada perkembangan situasi politik semasa.

"Bagaimanapun, persiapan bagi persidangan Dewan Rakyat seperti biasa,” katanya.- Bernama