Raja-raja Melayu bersidang di Istana Negara esok

Iklan
Istana Negara

KUALA LUMPUR - Majlis Raja-raja Melayu dijadual mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara, selepas solat Jumaat esok.

Memetik laporan Astro Awani, perkara ini disahkan oleh sumber dalaman Istana Selangor.

Iklan
Iklan

Media turut difahamkan antara inti pati mesyuarat esok ialah berhubung situasi politik terkini di negara ini, termasuk kemungkinan yang sedang dalam pertimbangan Raja-raja Melayu terutama sekali Yang di-Pertuan Agong, antaranya termasuk meneruskan kerajaan baharu, serta pembubaran Dewan Rakyat.