Bekas pesakit Covid-19 dijangkiti semula

Iklan
Seorang bekas pesakit Covid-19 di Osaka disahkan dijangkiti semula virus itu. - Foto AFP

OSAKA - Seorang bekas pesakit Covid-19 disahkan dijangkiti semula virus itu, lapor Jiji Press menurut kerajaan wilayah Osaka semalam.

Pesakit itu seorang konduktor bas pelancongan berusia 40-an.

Iklan
Iklan

Wanita berkenaan mula disahkan dijangkiti penyakit itu pada 29 Januari selepas mengendalikan kumpulan pelancong termasuk dari Wuhan China, tempat wabak itu mula menular.

Selepas keadaannya bertambah baik, beliau dibenarkan keluar hospital pada 1 Februari lalu.

Iklan

Pada 19 Februari lalu, beliau mengadu tidak selesa di bahagian tekak serta mengalami sakit dada dan dimasukkan semula ke hospital.

Ujian yang dijalankan mendapati beliau positif dijangkiti semula virus itu.

Iklan

Menurut pegawai, wanita itu tidak berhubung rapat dengan orang lain sejak dibenarkan keluar hospital.

"Virus itu mungkin kembali semula dalam badan pesakit," kata Ketua Jabatan Kesihatan dan Perubatan Wilayah Osaka, Mutsuko Fujii.- Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Tiada bukti pesakit pulih dijangkiti semula