Keputusan SPM 2019 diumumkan 5 Mac

Iklan
Calon SPM 2019 boleh memperoleh keputusan daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada tarikh tersebut. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 akan dikeluarkan pada Khamis, 5 Mac nanti.

Seramai 416,416 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM pada tahun 2019 di 3,313 pusat peperiksaan di seluruh Malaysia.

Iklan
Iklan

Daripada jumlah tersebut, 357,010 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan dan 8,320 adalah calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Selain itu, 8,317 adalah calon sekolah menengah agama negeri; 2,209 adalah sekolah menengah agama rakyat; manakala 14,203 adalah calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM; dan 26,357 adalah calon Persendirian.

Iklan

Menurut kenyataan dikeluarkan KPM hari ini, semua calon SPM 2019 boleh memperoleh keputusan daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada tarikh tersebut.

"Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan," tambahnya.

Iklan

Sementara itu, semakan keputusan SPM 2019 juga boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip SPMAngkaGiliran dan SMS ke 15888.

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula jam 10 pagi 5 Mac dan akan ditamatkan pada jam 6 petang 11 Mac.

Semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan.