PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PH) tidak akan berbincang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun Perdana Menteri Interim itu kembali semula kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Tidak, perkara itu tidak ditimbulkan. Kami masih PH, Tun telah keluar PH," katanya ketika menjawab pertanyaan wartawan jika PH akan menjemput semula Dr Mahathir.