18 ADUN PH, Bersatu sokong Mukhriz demi rakyat

Iklan
Barisan ADUN PH dan Bersatu bersama Mukhriz (duduk, tengah) pada sidang media di Dewan Seri Melor, Seri Mentaloon hari ini.

ALOR SETAR - Kesepakatan 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah menamatkan kemelut politik yang berlaku ketika ini.

Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul berkata, kesemua ADUN telah mengadakan perbincangan yang mana akhirnya kebajikan rakyat menjadi fokus utama.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mereka berharap sokongan yang diberikan ini dapat membawa kemajuan kepada negeri Kedah seperti diharapkan.

"Walau bagaimanapun kita turut mengharapkan pergolakan yang berlaku di Kuala Lumpur dapat ditangani dengan baik," katanya pada sidang media di Seri Mentaloon di sini hari ini.

Iklan

Sementara itu, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, Amanah yang mempunyai empat ADUN turut melahirkan keputusan yang sama dengan menyokong kepimpinan Mukhriz.

"Saya berharap keputusan yang dibuat hari ini membolehkan kerajaan negeri ditadbir urus seperti biasa dan memenuhi mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu," katanya.

Iklan

Harapan yang sama turut diluahkan Pengerusi DAP Kedah Tan Kok Yew yang menyokong kepimpinan Mukhriz.

Terdahulu, Mukhriz tiba di Dewan Seri Melor, Seri Mentaloon dengan diiringi 18 ADUN yang turut serta dalam sidang media berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Kedah kekal ditadbir Mukhriz